Wink*!!
22.12.10
17.11.10
28.10.10
14.10.10
16.9.10
8.9.10
5 bulan
Pada 1 September 2010, baru aku perasan sesuatu. Sesuatu yang menggembirakan. Kaki aku dah pulih sepenuhnya!! Aku pandang lagi, ya betul!!
Alhamdulillah.
Itu lah kata-kata yang mampu aku ucapkan. Kaki aku dah pulih sepenuhnya akibat dari tragedi hitam yang berlaku pada 1 April 2010. Memang aku takkan lupa sampai bila-bila.
Flashback :
Aku sakit perut berhari-hari (seminggu lebih kot) dan check dekat klinik kata mungkin apendiks. Nak jadi lagi teruk, aku punya sakit perut sampai bawak ke demam. Oleh kerana takut lagi melarat, aku pun buat keputusan nak ke hospital buat check up lanjutan. Boleh pulak la kan aku tak nak ke Hospital Kajang. Nak pergi Hospital Serdang la kononnya.
Semua kawan-kawan ada kuliah pulak. Aku bukannya takda kuliah. Cuma kuliah aku petang pukul 5 dan hari itu ada presentation dari group aku. So, dah buat plan baik punya. Pergi hospital pukul 12, confirm sempat sampai semula sebelum pukul 5. Tapi ada sorang member aku rupa-rupanya dia pun kuliah sama dengan aku pukul 5. Then dia lah peneman aku ke hospital.
Sebab lapar, sebelum pergi hospital leh pulak singgah makan Mc Donald. Dengan panas terik aku teruskan perjalanan ke Hospital Serdang. Memang dugaan pada hari tu. Aku sesat, dengan tragedi hampir-hampir excident. Memang lama lah aku sesat. Nak pasang GPS takda la pulak (pengajaran: nak beli GPS lah nanti). Letih gila. Last-last aku decide nak balik je.
Sampai ja roundabout depan U aku tuh, kiranya lepas roundabout tuh aku straight terus sampai pintu masuk U aku. Boleh pulak dekat roundabout tu, aku nak straight tapi kereta yang nak belok ke kiri telah langgar aku yang hanya bermotosikal sahaja ni. Ganggggggg !!!!!!!
Aku sedar-sedar aku dah dalam kereta sapa ntah yang aku tak kenal. Masa tu pulak berlaku scene hilang ingatan aku. Soalan-soalan yang keluar dari mulut aku, berupa pertanyaan kepada member aku.
"Kita nak ke mana ni?"
"Kita nak pergi hospital, kau cedera."
"Macam mana kita boleh ada kat sini?"
"Kita tadi nak pergi hospital, kau sakit. Tapi excident."
"Bila masa aku sakit?"
"Kau kan sakit perut sebelum ni."
"Excident? Excident apa?"
"Kita kene langgar."
Itulah antara soalan-soalan yang keluar. Serious masa tu aku blur gila dan tak ingat apa-apa. Orang yang langgar tu bawak aku dengan member aku ke Hospital Kajang. Ok memang jodoh aku dengan Hospital Kajang sangat dekat. Sebelum turun dari kereta sempat lagi aku tanya pemandu tu.
"Kereta En. tak apa-apa ke? Perlu ke saya ganti apa-apa? Perlu ke saya bayar apa-apa?" (En tuh hensem seyh!!)
Sampai hospital aku masuk bahagian kecemasan. Baru aku sedar masa tu macam mana keadaan aku. Baju kurung yang pakai nak ke kuliah untuk presentation kononnya tu, habis koyak rabak. Kat tangan tercarik besar bahagian siku dengan bahu. Kain pulak jangan cerita la. Sadis pulak dengan diri sendiri. Aku macam rasa pedih-pedih dekat muka. Tapi tak tahu lah kan kenapa. Kena tunggu lama pulak untuk check dekat bahagian kecemasan tu. Aku tunggu je lah dengan penuh kesabaran sambil fikir macam mana lah dengan presentation aku. Nasib baik group aku dah prepare awal-awal. Fuhhhhhh.
Tiba-tiba ada nurse datang cuci luka-luka aku. Kat muka, bibir, siku, bahu, kaki, kepala. Kena masuk buat X-ray sebab nurse tu kata kepala aku terhentak dekat jalan. Oh, patutlah aku blur sekejap tadi. Nasib baik aku macam dah sedar sikit masa tu. Keluar je dari kecemasan untuk nak buat X-ray nampak kawan-kawan aku tunggu dekat luar. Oh naik kerusi roda masa tu. Hehe, best pulak naik kerusi roda dan kene tolak dengan nurse. Semua kawan-kawan aku terkejut tengok aku. Aku tak tau sebab apa. Paling aku bersyukur, member aku tu tak cedera apa-apa. Aku je yang teruk sikit. Takpa, aku rela.
Lepas tunggu proses yang lama tu, aku dimasukkan ke wad. Sampai je wad, kawan-kawan aku lah yang tolong semuanya. Masa tu aku rasa macam orang sihat je. Tak sakit mana. Duduk wad boleh ceria. Cuma agak malu nak angkat muka hadap orang lain sebab kesan excident dekat muka aku sangat teruk. Mana tak kalau separuh muka dah terseret dekat jalan tar. Semua tu terjadi mungkin sebab aku tak nak duduk wad lama-lama. Seriau tengok orang yang potong kaki la, tengok akak sebelah katil baru lepas operate breast la dan paling sayu tengok akak katil depan nak pergi operate esok. Tapi takda sapa-sapa teman dia dekat wad. Keadaan dia sorang-sorang buat aku rasa sebak je kan. Sebab kawan-kawan aku tak putus melawat dengan bawak macam-macam buah tangan. Kawan-kawan lah yang uruskan balik kolej amik barang-barang keperluan aku semua.
Kalau satu hari aku ditawarkan untuk hidup dengan penuh kekayaan dan tinggalkan semua kawan aku, aku akan pilih untuk hidup susah dengan mereka. Itu janji aku.
Lepas aku dikeluarkan dari hospital, aku ingat aku dah boleh hidup macam biasa. Siap boleh telefon mak cakap tak payah risau. Siap buat keputusan tak nak balik sebab nak prepare exam. Yelah, aku exam 20 April 2010. Kiranya lepas tolak hari dalam hospital tu, aku ada masa 17 hari je lagi untuk study. Tapi sangkaan meleret.
Demam kejap datang. Kejap pergi. Lepas tu datang lagi. Teruk la kawan-kawan aku jaga. Bila malam pulak macam-macam hal. Lepas tu dengan kena sentiasa jaga makan jugak. Sebelum ni masing-masing bantai je nak makan apa. Bila aku macam ni terus makan ikut turutan n makan benda berkhasiat je. Ni semua sebab kena makan ubat macam-macam. Masa tu aku kena telan sehari 27 biji pil. Memang aku tak tahan keadaan masa tu. Terus telefon mak suruh datang amik aku sekarang jugak!
Mak ayah aku jaga aku macam jaga baby. Semuanya terpaksa tidur dekat bawah teman aku. Berjaga malam dengar bunyi-bunyi aku merengek sakit. Berjaga malam sebab lap segala muntah-muntah aku. Sedih perasaan aku tengok semua orang susah sebab aku.
Tiba-tiba satu malam, aku menggeletar yang teramat teruk sekali. Masa tu ayah je ada dekat rumah. Ayah punya risau, sampai duduk je sebelah aku. Masa tu sedih sangat sebab aku cuba kawal saraf semua tapi tak boleh. Menggeletar macam parkinson teruk! Last-last aku tertidur mungkin sebab terlampau penat menggeletar.
Dekat rumah, entah berapa kali ulang alik ke hospital. Asal sikit je tak kena, terus mak bawak pergi hospital. Entah berapa kali aku buat check up. Berurut cara kampung pun buat juga. Mak kata, masa urut tu aku punya jerit tiga kampung`boleh dengar. Sakit dia memang aku ingat sampai sekarang. Aku nak balik kolej awal, mak tak bagi. Bukannya apa, semuanya jadi serabut bila fikir aku nak exam 20hb. Dekat rumah tu dah hampir 2 minggu. Akhirnya masa untuk study prepare final exam aku hanya tinggal 4 hari je. Takpa, aku redha. Terima kasih Ya Allah sebab bagi aku peluang lagi untuk melihat hari esok.
Notakakitangan : Aku tak tahu apa patut aku balas segala kebaikan mak, ayah dan kawan-kawan. Aku memang sangat bersyukur dapat mereka semua.
10.8.10
Dosa
Berdosa kah kalau aku bersedih melihat kegembiraan rakan-rakan?
Notakakitangan : Cakap memang mudah kalau tak alami.
Subscribe to:
Posts (Atom)